Program “MIV with DTT” Kluster Simunjan & Asajaya

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2019 yang lepas, MCMC Wilayah Sarawak telah mengadakan program “MIV with DTT” di Kluster Simunjan & Asajaya yang bertempat di Pusat Internet Sadong Jaya. 5 buah pusat internet yang terlibat iaitu, Pusat internet Tebelu, Pusat Internet Sadong Jaya, Pusat Internet Simunjan, Pusat Internet Asajaya ,Pusat Internet Gedong dan Pusat Internet Sebandi Ulu. Kesemua Pusat Internet membawa 2 orang wakil sukarelawan untuk turut serta program ini. Untuk makluman, negara kini sedang dalam proses peralihan Siaran TV analog ke Siaran TV Digital myFreeview di mana perkhidmatan siaran TV analog akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara pada bermula suku ketiga 2019 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Untuk negeri Sabah dan Sarawak, penutupan siaran analog (Analogue Switch Off – ASO) dan peralihan ke siaran digital MyFreeview akan dilakukan sepenuhnya pada 31 Oktober 2019. Kempen kesedaran dan pendidikan tentang projek pendigitalan penyiaran nasional ini sedang giat dijalankan dalam pelbagai bentuk dan medium. Dan seperti yang pihak tuan/puan sedia maklum, Pusat Internet juga turut dilantik sebagai local champion bagi mempromosikan ASO dan MyFreeview yang mana setiap PI telah turut dibekalkan dengan set DTT atau DTH di lokasi masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali